Apa Yang Kami Akan Lakukan untuk #IFD2020

Acara tahunan kali ke-enam Hari Fanworks Antarabangsa (IFD) akan berlangsung pada 15 Februari 2020 dan OTW (Penterjemahan) telah merancang pelbagai aktiviti untuk dilakukan sempena hari tersebut, termasuklah beberapa acara menarik yang baru serta lama. Tidak kira siapa pun anda atau dari mana anda berada, OTW berbesar hati menjemput anda untuk menyambut IFD bersama kami!

Lihat senarai maklumat di bawah untuk mengetahui apa yang akan diacarakan sepanjang minggu sehinggalah 15 Februari. Read More

Celebrate the End of our Three-Year Strategic Plan

Raikan pengakhiran kepada Pelan Strategik kami yang berlangsung selama 3 tahun!

Pada bulan Januari 2017, OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) telah memulakan pelan strategiknya yang pertama. Tujuan pelan strategik ini adalah untuk membimbing hala tuju organisasi ini: untuk memberi definisi kepada apa yang kami hendak capai dan cara untuk mencapainya. Pelan strategik adalah bahan utama buat bisnes tanpa keuntungan dan untuk keuntungan, dan ia sangat penting bagi OTW kerana kami telah berubah daripada sebuah permulaan yang kecil hingga menjadi sebuah organisasi kompleks yang sentiasa berkembang dan mempunyai sebuah projek yang telah memenangi Hugo Award.

Kami sekarang sudah mencecah 3 tahun, bekerja keras agar pelan strategik ini berjaya. Walaupun pelan ini ditutup dan kami teruja untuk bergerak ke masa hadapan, namun kami ingin berkongsi bersama anda beberapa acara kemuncak pelan strategik ini yang telah membantu OTW untuk berjaya. Read More